Images
  • naked woman
    Seorang wanita berbogel di stesen MRT Pioneer. 

Wanita diberkas selepas berbogel di stesen MRT Pioneer

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 35 tahun diberkas setelah beliau kelihatan dalam keadaan bogel di stesen MRT Pioneer.

Polis menyatakan bahawa ia menerima panggilan bagi bantuan pada sekitar 10.30 malam semalam (6 Jun). Polis memberkas wanita berkenaan di bawah Akta Kesihatan Mental.

Gambar-gambar yang dikongsi ramai melalui kiriman WhatsApp menunjukkan wanita itu tidak memakai kasut dan berbogel di platform stesen MRT. Dalam satu gambar, seorang kakitangan stesen kelihatan sedang cuba menutupi tubuhnya dengan selimut.

Dalam satu lagi gambar pula, wanita itu kelihatan sedang jalan berjengket-jengket dan berpaut pada leher seorang lelaki.  

- CNA/AQ/aq

Top