Wanita cedera ringan kereta rempuh jejantas selepas terkejut nampak lipas
Seorang wanita berusia 61 tahun cedera ringan apabila kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh tangga jejantas di Jurong East, gara-gara ternampak lipas dalam keretanya.
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 61 tahun cedera ringan apabila kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh tangga jejantas di Jurong East, gara-gara ternampak lipas dalam keretanya.
Gambar-gambar yang tersebar luas online menunjukkan sebuah kereta Mazda berwarna merah naik bendul jalan raya dengan bahagian depannya remuk teruk.
Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu pada 7.30 pagi Jumaat (26 Jan) di Jurong East Central menghala ke Science Centre Road.
Mediacorp difahamkan wanita itu hilang kawalan keretanya setelah terkejut melihat lipas di dalam kereta.
(Gambar: Lucy Sammie Lee/Singapore GrabHitch Zone/Facebook)
Kereta tersebut naik ke bendul jalan dan merempuh kaki tangga sebatang jejantas, merosakkan tangga berkenaan.
Pemandu wanita itu berada dalam keadaan sedar semasa dihantar ke Hospital Besar Ng Teng Fong bagi mendapatkan rawatan.
Siasatan polis masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.