Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 36 tahun didakwa gagal jamin keselamatan amah

Seorang wanita berusia 36 tahun didakwa kerana gagal menyediakan "keadaan kerja yang selamat" bagi pembantu rumahnya selepas dia menyuruh pembantu warga asing itu membersihkan siling kaca di tingkat dua rumahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2018 03:43PM Dikemas Kini : 17 May 2018 10:27PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 36 tahun didakwa kerana gagal menyediakan "keadaan kerja yang selamat" bagi pembantu rumahnya selepas dia menyuruh pembantu warga asing itu membersihkan siling kaca di tingkat dua rumahnya.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini (17 Mei), Belinda Huber menyuruh pembantu rumahnya untuk membersihkan siling kaca di tingkat dua rumahnya bagi empat insiden berasingan antara awal Jun hingga 4 Julai tahun lalu.

Untuk melakukan tugas itu, amah tersebut perlu berdiri di atas siling kaca yang memanjang ke bahagian anjung rumah tersebut.

MOM menyatakan bahawa tindakan Huber menyuruh amah itu melakukan demikian, mengancam keselamatan pembantu rumah tersebut.

"MOM melarang pembantu rumah asing itu bekerja dengan tertuduh dan juga mengenakan larangan sementara, sepanjang tempoh siasatan dijalankan.

"Pembantu rumah itu kini bekerja dengan seorang majikan baru," menurut MOM.

Jika sabit kesalahan, Huber boleh didenda sehingga S$10,000 dan/atau dipenjara sehingga 12 bulan. Beliau juga tidak dibenarkan untuk menggajikan seorang pembantu rumah pada masa akan datang.

Kes ini ditangguhkan sehingga 21 Jun.

MOM mengingatkan orang ramai bahawa majikan "tertakluk kepada undang-undang" di mana mereka perlu memastikan para pekerja mereka bekerja dalam keadaan yang selamat dan mematuhi amalan kerja yang selamat seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.  

Sumber : CNA/AQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan