Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita 20 tahun mati akibat kemalangan berantai di PIE

Seorang pembonceng motosikal, iaitu seorang wanita berusia 20 tahun, meninggal dunia akibat kemalangan berantai yang berlaku di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada Rabu malam (12 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 20 tahun mati akibat kemalangan berantai di PIE

Petikan skrin video yang menunjukkan para pegawai SCDF di tempat kejadian. (Gambar: Laina Lum/Facebook)

Diterbitkan : 13 Dec 2018 07:31PM Dikemas Kini : 13 Dec 2018 07:42PM

SINGAPURA: Seorang pembonceng motosikal, iaitu seorang wanita berusia 20 tahun, meninggal dunia akibat kemalangan berantai yang berlaku di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) pada Rabu malam (12 Dis).

Nahas itu, yang berlaku sejurus sebelum Ekspreswe Bukit Timah (BKE) menghala ke arah Tuas, melibatkan dua buah kereta, sebuah lori, sebuah motosikal dan sebuah bas.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada sekitar 10.10 malam, sambil menambah bahawa wanita berkenaan dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dalam keadaan tidak sedar diri.

Beliau dipercayai terperangkap di bawah bas terbabit. Nahas tersebut dikatakan berlaku setelah salah sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan itu berhenti dengan tiba-tiba, sekaligus menyebabkan kemalangan berantai.

Polis menyatakan bahawa penunggang motosikal, seorang lelaki berusia 22 tahun, berada dalam keadaan sedar diri semasa dikejarkan ke NUH.

Satu rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook menunjukkan para kakitangan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di tempat kejadian, dekat sebuah bas berwarna kuning dengan nombor plat lesen Malaysia.

Siasatan polis sedang dijalankan.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan