Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Waktu operasi hujung minggu lebih singkat di semua stesen EWL pada Mac

Waktu operasi di semua 35 stesen Laluan Timur-Barat (EWL) akan disingkatkan pada setiap hujung minggu pada bulan Mac bagi memudahkan kerja-kerja penyenggaraan dan naik taraf ke atas laluan tersebut diteruskan, menurut SMRT hari ini (19 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jan 2018 02:20PM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 10:49PM

SINGAPURA: Waktu operasi di semua 35 stesen Laluan Timur-Barat (EWL) akan disingkatkan pada setiap hujung minggu pada bulan Mac bagi memudahkan kerja-kerja penyenggaraan dan naik taraf ke atas laluan tersebut diteruskan, menurut SMRT hari ini (19 Jan).

Waktu operasi yang lebih singkat akan membolehkan beberapa pasukan untuk melakukan kerja-kerja berkenaan secara serentak, menurut syarikat pengendali pengangkutan tersebut.

"Ini juga akan mempercepatkan penggunaan sistem Kawalan Kereta api Berdasarkan Komunikasi (CBTC) di EWL menjelang Jun 2018," tambahnya lagi.

Selain waktu operasi lebih singkat pada hujung minggu, khidmat kereta api akan berhenti lebih awal dan bermula lewat pada 12 Mac (Isnin) dan 14 Mac (Rabu) semasa cuti sekolah seminggu.

Tambahan lagi, waktu operasi lebih singkat di 10 EWL pada hujung minggu bulan Januari akan diteruskan sehingga hujung minggu pertama bulan Februari, menurut SMRT. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan