Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wakil dari Persekutuan India Muslim beri penghormatan kepada mendiang Lee Kuan Yew

Para wakil dari Persekutuan India Muslim berkumpul di Little India Arcade pagi tadi untuk memberi penghormatan terakhir kepada Encik Lee Kuan Yew.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Mar 2015 08:31PM Dikemas Kini : 29 Mar 2015 08:51PM

SINGAPURA: Para wakil dari Persekutuan India Muslim berkumpul di Little India Arcade pagi tadi untuk memberi penghormatan terakhir kepada Encik Lee Kuan Yew.

Majlis ini turut disertai oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.

Beberapa ucapan disampaikan bagi mengenang sumbangan Encik Lee kepada masyarakat India Muslim.

Antaranya, usaha Encik Lee untuk memastikan bahawa tradisi masyarakat minoriti terus dijaga dengan baik.

Dr Yaacob berkata: Sebagai contoh, apa yang dikatakan tadi dalam ucapan yang diberikan tadi ialah bahasa Tamil, di mana beliau menentukan bahawa bukan hanya itu dijaga dengan baik, tapi usaha-usaha diteruskan untuk menentukan bahawa anak-anak India terus mendapat peluang untuk mempelajari bahasa ibunda mereka.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan