Images
  • computer code
    Gambar fail seorang lelaki melihat kod komputer. (Gambar: AFP)

Wadah kongsi maklumat tentang ancaman keselamatan siber diperkenalkan

SINGAPURA: Satu wadah untuk berkongsi maklumat tentang ancaman keselamatan siber antara pihak penguasa dengan institusi kewangan.

Ini antara salah daya usaha Penguasa Kewangan Singapura (MAS) bagi meningkatkan daya ketahanan siber sektor kewangan tempatan dan menggalak penggunaan bayaran elektronik secara lebih meluas.

Bercakap di Sidang Puncak Keselamatan Visa, Ketua Pegawai Keselamatan Siber Penguasa Kewangan Singapura mengatakan ia akan menganjurkan sebuah forum bagi bank-bank pusat dan pihak kawal selia berkongsi maklumat tentang ancaman siber dan bertukar pengalaman.

MAS juga akan menyemak Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi supaya sejajar dengan perkembangan teknologi dan ancaman siber.

Buat pertama kali ia akan bekerjasama dengan Persatuan Bank-Bank Singapura untuk menghasilkan bersama garis panduan itu untuk lebih melibatkan pihak industri.

Dengan penggunaan bayaran elektronik yang semakin meluas di rantau ini, keselamatan siber adalah tanggungjawab bersama semua pihak.

- CNA/EM/fa

Top