Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Vivivan Balakrishan gesa M'sia 'hentikan pencerobohan'

Menteri Ehwal Luar Singapura. Dr Vivian Balakrishnan, sudah berbual menerusi telefon dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Saifuddin Abdullah, berhubung langkah Malaysia melakukan peluasan had pelabuhan Johor Bahru.

Anggaran Waktu Membaca:
Vivivan Balakrishan gesa M'sia 'hentikan pencerobohan'

Sebuah kapal ditarik menerusi Selat Johor di sempadan Singapura (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 05 Dec 2018 08:03PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 08:10PM

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Singapura. Dr Vivian Balakrishnan, sudah berbual menerusi telefon dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Saifuddin Abdullah, berhubung langkah Malaysia melakukan peluasan had pelabuhan Johor Bahru.

Dr Balakrishnan menekankan "keperluan mendesak" untuk Malaysia "hentikan pencerobohan" bagi mengelakkan ketegangan daripada menjadi semakin memuncak, menurut kenyataan media Kementerian Ehwal Luar (MFA) hari ini (5 Dis).

Berikut adalah kenyataan penuh MFA:

"Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan bercakap dengan Menteri Luar Malaysia Dato' Saifuddin Abdullah pada 5 Disember 2018 menerusi telefon.

"Menteri Balakrishnan menimbulkan isu mengenai peluasan Had Pelabuhan Johor Bahru (JPL) yang disebutkan baru-baru ini, yang menceroboh Perairan Singapura dekat Tuas. Menteri Balakrishnan menyatakan bahawa JPL sekarang menjangkaui batas tuntutan perairan wilayah Malaysia di kawasan itu, seperti yang dilakarkan dalam peta 1979 Malaysia sendiri, yang tidak pernah diterima oleh Singapura.

"Menteri Balakrishnan berkata, meskipun terdapat bantahan diplomatik oleh Singapura, terdapat beberapa pencerobohan provokatif oleh Kapal-kapal Kerajaan Malaysia memasuki Perairan Singapura dekat Tuas. Menteri Balakrishnan menegaskan keperluan mendesak agar Malaysia menghentikan pencerobohan ini untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dan untuk mengelakkan ketegangan daripada memuncak.

"Menteri Balakrishnan juga merujuk kepada perbincangan mengenai isu ruang udara antara Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan dan Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke Siew Fook, serta komen awam Menteri Loke mengenai isu itu. Menteri Balakrishnan menekankan bahawa Singapura menghormati kedaulatan Malaysia.

"Menteri Balakrishnan mengatakan bahawa adalah demi kepentingan kedua-dua negara untuk memastikan keselamatan penerbangan awam di ruang udara. Sebarang cadangan perlu memastikan bahawa keselamatan dan kecekapan trafik udara awam tidak terjejas, dan kekal mengikut piawaian, proses, dan prosedur ICAO.

"Menteri Balakrishnan berkata bahawa Singapura dan Malaysia harus terus membincangkan isu-isu ini secara konstruktif dan menekankan pentingnya mengekalkan hubungan dua hala yang baik antara jiran rapat dan kedaulatan undang-undang antarabangsa."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan