Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Universti S'pura perlu berkembang, sedang gangguan digital semakin pantas

Pembelajaran sepanjang hayat semakin bertukar rentak dan ada keperluan untuk universiti-universiti berubah dengan menawarkan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Sep 2018 07:25PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 09:15PM

SINGAPURA: Pembelajaran sepanjang hayat semakin bertukar rentak dan ada keperluan untuk universiti-universiti berubah dengan menawarkan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung menekankan demikian di Sidang Kemuncak Pendidikan Tinggi Dunia Times pada Rabu (26 Sep).

Encik Ong juga berharap bagi perubahan dalam sistem 'ranking' antarabangsa bagi universiti, di luar pencapaian penyelidikan.

Beliau menekankan bahawa gangguan digital semakin pantas merubah cara industri beroperasi hari ini.

Sedang dunia terus berubah, pembelajaran sepanjang hayat menjadi sesuatu yang penting bagi masa depan.

Encik Ong berkata universiti-universiti sudah berubah untuk memenuhi keperluan tersebut.

Misalnya, peralihan terhadap pembelajaran berasaskan pengalaman dengan para pelajar memikirkan idea-idea perniagaan dan membina syarikat-syarikat pemula di kampus.

Dengan ini, Encik Ong berharap ada perubahan dalam cara universiti diberi 'ranking' antarabangsa.

"Satu peningkatan yang saya harapkan bagi sistem ranking antarabangsa adalah bagi universiti-universiti dinilai keberkesanannya dengan bekerjasama dengan dunia di luar akademik. Dunia di luar merangkumi industri, masyarakat, pemerintah dan memberi kesan bagi semua sektor-sektor ini," kata beliau.

Dalam masa 10 tahun, Encik Ong juga berharap untuk melihat lebih banyak campuran pelajar - tidak kira golongan muda atau mereka yang bekerja kembali belajar, berkongsi ilmu bersama.

Sidang Kemuncak Pendidikan Tinggi Times berlangsung di Universiti Nasional Singapura (NUS) sehingga Khamis (27 Sep). 

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan