Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Unit Pinnacle@Duxton dijilat api, 2 dibawa ke hospital

Dua orang cedera selepas berlakunya kebakaran di bilik tidur sebuah unit di tingkat 48 Pinnacle@Duxton, yang terletak di Tanjong Pagar, pada awal pagi Isnin (21 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Unit Pinnacle@Duxton dijilat api, 2 dibawa ke hospital

Pinnacle@Duxton. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 21 May 2018 10:55AM Dikemas Kini : 21 May 2018 11:16AM

SINGAPURA: Dua orang cedera selepas berlakunya kebakaran di bilik tidur sebuah unit di tingkat 48 Pinnacle@Duxton, yang terletak di Tanjong Pagar, pada awal pagi Isnin (21 Mei).

Lelaki dan wanita itu, kedua-duanya berusia 60-an tahun menghidu asap kebakaran tersebut dan dibawa ke Hospital Besar Singapura dalam keadaan sedar, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

SCDF menyatakan pihaknya memberi respons kepada kebakaran di Blok 1D Cantonment Road pada sekitar 4.15 pagi. Beberapa anggota bomba memadamkan kebakaran yang melibatkan sebuah bilik tidur dengan menggunakan dua jet air.

SCDF sedang menyiasat punca kebakaran tersebut.

Selesai dibina pada tahun 2009, Pinnacle@Duxton adalah bangunan perumahan awam bersepadu oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan yang merangkumi tujuh menara setinggi 50 tingkat.

Pada 2014, sekitar 40 penduduk mengosongkan rumah masing-masing selepas sebuah unit di tingkat 29 Blk 1E bangunan itu dijilat api. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan