Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Undang-undang baru beri polis kuasa khas tangani serangan pengganas kuat kuasa 16 Mei

Akta Ketenteraman dan Keselamatan Awam (Kuasa Khas) (POSSPA) yang diluluskan di parlimen pada 21 Mac, akan dikuatkuasakan pada Rabu (16 Mei), menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataan medianya pada Selasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Undang-undang baru beri polis kuasa khas tangani serangan pengganas kuat kuasa 16 Mei

Demonstrasi keadaan tebusan, yang menampilkan beberapa pegawai dari unit Taktik dan Penyelamat Khas (STAR) Pasukan Polis Singapura. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 15 May 2018 09:54PM Dikemas Kini : 15 May 2018 09:58PM

SINGAPURA: Akta Ketenteraman dan Keselamatan Awam (Kuasa Khas) (POSSPA) yang diluluskan di parlimen pada 21 Mac, akan dikuatkuasakan pada Rabu (16 Mei), menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataan medianya pada Selasa.

Di bawah POSSPA, polis dapat menggunakan kuasa khas untuk menangani insiden serius, termasuk serangan pengganas.

MHA menjelaskan terdapat "mekanisme pemberian kuasa dua peringkat" bagi POSSPA, dan bahawa tahap kemampuannya tinggi. Bagi mengaktifkan POSSPA, MHA mesti terlebih dahulu meluluskan penggunaan kuasa dalam Akta itu.

Kemudian, setiap kuasa khas di bawah POSSPA harus diberikan oleh Pesuruhjaya Polis hanya apabila dan semasa beliau menilai bahawa keadaan itu memerlukannya, menurut MHA.

"Singapura terus menghadapi ancaman pengganas jelas oleh individu radikal di negara sendiri dan pengganas asing yang melihat Singapura sebagai sasaran bernilai," dedah MHA.

"POSSPA adalah sebahagian daripada usaha berterusan bagi memerangi pengganasan. Serangan di seluruh dunia menunjukkan bahawa pengganas sentiasa merubah kaedah mereka bagi menyebabkan mangsa dan kematian pada tahap maksimum.

"Oleh itu, adalah penting bagi melengkapi polis dengan kuasa untuk dapat memberi respons dengan pantas dan berkesan terhadap serangan pada sebarang skala dan dengan taktik berbeza, serta mengurangkan peluang untuk operasi keselamatan mereka terjejas," menurutnya. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan