Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tuntutan palsu SkillsFuture: Penjaja ditipu beli tablet dengan kredit 'bakal tamat tempoh'

Menjelang penghujung tahun 2017 lalu, Encik Ang Lian Son, seorang penjaja berusia 63 tahun didekati tiga lelaki dan seorang wanita di kedai kopi Toa Payoh di tempat beliau bekerja, dan diberitahu supaya menggunakan kredit SkillsFuture beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Tuntutan palsu SkillsFuture: Penjaja ditipu beli tablet dengan kredit 'bakal tamat tempoh'

Laman SkillsFuture Singapore.

Diterbitkan : 19 Jan 2018 10:15PM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 10:19PM

SINGAPURA: Menjelang penghujung tahun 2017 lalu, Encik Ang Lian Son, seorang penjaja berusia 63 tahun didekati tiga lelaki dan seorang wanita di kedai kopi Toa Payoh di tempat beliau bekerja, dan diberitahu supaya menggunakan kredit SkillsFuture beliau.

Encik Ang masih mempunyai jumlah penuh sebanyak S$500. "Wakil penjualan" yang melawat beliau pada 30 Disember itu memberitahu Encik Ang kredit tersebut akan tamat tempoh dalam masa dua hari lagi, dan beliau rugi jika tidak menggunakannya.

Mereka kemudian mencadangkan agar beliau menggunakan kredit itu bagi mendapatkan sebuah tablet. Mereka memaklumkan, beliau hanya perlu memberikan mereka akses kepada kreditnya dan membayar wang tunai sebanyak S$5.

Tanpa sebarang pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan skim SkillsFuture, Encik Ang yang juga tidak sedar bahawa kredit S$500 miliknya hanya boleh digunakan bagi mengikuti kursus, mempercayai wakil penjualan itu dan membenarkan mereka akses ke akaun SingPass beliau untuk memasuki portal SkillsFuture.

Mereka juga membantu Encik Ang menukarkan kata kekuncinya kerana beliau tidak mengingatinya. Mereka dapat melakukannya pada masa itu juga kerana mereka sudah memiliki apa yang diperlukan - akses kad pengenalan dan telefon bimbit Encik Ang bagi pin sekali saja yang dihantar untuk menukar kata kekunci.

Bercakap kepada Mediacorp, Andrews, anak lelaki Encik Ang, seorang jurutera sofwe berusia 38 tahun, berkata beliau kemudian mendapat tahu bahawa kredit SkillsFuture sebanyak S$450 sudah dipotong dari akaun ayahnya.

Semua rakyat Singapura berusia 25 tahun ke atas menerima kredit S$500 dari pemerintah untuk mengikuti kursus oleh penyedia latihan yang diluluskan, sebagai sebahagian daripada gerakan kebangsaan untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Kredit berkenaan tidak akan tamat tempoh dan tidak boleh dipindahkan.

Sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp, SkillsFuture Singapore (SSG) menyatakan pihaknya maklum tentang kes tersebut dan sedang menyiasat isu berkenaan.

"Insiden tersebut adalah satu pencabulan garis panduan pemasaran," kata seorang jurucakap, sambil berkata di bawah garis panduan yang dikeluarkan oleh SSG, penggunaan gimik seperti cabutan bertuah dan barangan percuma oleh penyedia kursus bagi mempromosikan programnya tidak dibenarkan. Penggunaan teknik pemasaran bagi mempromosikan kursus sebagai "percuma" atau "dibiayai oleh pemerintah" juga tidak dibenarkan.

Jurucakap berkenaan turut berkata SSG memandang serius mana-aman individu atau pertubuhan yang mengambil kesempatan ke atas skim Kredit SkillsFuture dan tidak akan teragak-agak untuk bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

Polis mengesahkan aduan sudahpun dibuat.

Semasa dihubungi, Encik Jeffrey Tan, pemilik syarikat yang tersenarai di bawah tuntutan SkillsFuture berkenaan, berkata beliau tidak sedar berlakunya insiden seumpama itu.

"Ini sangat serius dan saya akan menyiasat isu ini. Kami tidak dibenarkan melakukan perkara sebegini. Matlamat kami adalah untuk melengkapi orang ramai dengan kemahiran bagi menjalankan e-perniagaan melalui Amazon," jelasnya. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan