Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Trump tunjukkan video yang janjikan 'dunia baru' kepada Kim

Bercakap kepada wartawan, Presiden Trump berkata bahawa beliau berpendapat pemimpin Korea Utara itu "menyukai" video itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump tunjukkan video yang janjikan 'dunia baru' kepada Kim

Petikan gambar dari video yang ditunjuk oleh Presiden Donald Trump kepada Kim Jong Un. (Gambar: YouTube / The White House)

Diterbitkan : 12 Jun 2018 10:24PM Dikemas Kini : 12 Jun 2018 10:35PM

SINGAPURA: Janji "dunia baru" dipamerkan kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada Selasa (12 Jun), dalam video yang dibuat khas untuknya dan disiarkan di sidang puncak bersejarah antara beliau dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Video itu, yang sepanjang sekitar empat minit, ditunjukkan oleh Presiden Trump kepada Encik Kim pada hari Selasa (12 Jun) apabila kedua-dua pemimpin bertemu. Ia juga disiarkan - dalam bahasa Korea dan versi Bahasa Inggeris - sebelum Presiden Trump memberi taklimat media pada kemudiannya.

US video promises 'a new world' for Kim Jong Un and North Korea

WATCH: Here's the video that President Donald J. Trump showed Kim Jong Un, to illustrate the type of future North Korea could have. #TrumpKimSummit(Video: YouTube / The White House)

Posted by Channel NewsAsia on Tuesday, 12 June 2018

Di dalam video ini, dengan gaya Hollywood yang dramatik menggambarkan "cerita peluang", yang menampilkan "dua lelaki, dua pemimpin, satu takdir" di beberapa montaj Presiden Trump dan Encik Kim.

Dihasilkan seperti treler filem, ia menggambarkan "kisah istimewa, apabila seorang lelaki diberi satu peluang yang tidak boleh diulangi lagi".

"Dunia baru boleh bermula hari ini," kata suara itu. "Satu jalinan persahabatan, rasa hormat dan muhibah. Jadi sebahagian daripada dunia itu, di mana pintu-pintu peluang sudah siap dibuka."

Dalam video itu, ia menampilkan gambar-gambar bayi dan kilang kereta, sekaligus menunjukkan bagaimana masa depan Korea Utara lebih makmur sekiranya ia bersetuju melucutkan senjata nuklearnya.

Untuk menggambarkan keadaan sedemikian, peluru berpandu balistik disiarkan dalam gerakan terbalik, menarik kembali ke pelancaran silo masing-masing.

Video demikian adalah untuk memberitahu Encik Kim, menyarankan beliau boleh membuat pilihan yang akan memberi peluang kepada Korea Utara untuk pelaburan baru dan melangkah ke peranan utama dalam sejarah dengan Presiden Trump.

Ia juga memaparkan beberapa mercu tanda di Singapura, termasuk satu babak yang kelihatan seperti Marina Bay Sands. Bercakap kepada wartawan, Presiden Trump berkata bahawa beliau berpendapat pemimpin Korea Utara itu "menyukai" video itu.

Presiden Amerika Syarikat itu juga berkata bahawa kedua-dua negara itu "bersedia untuk mencipta lembaran baru" dan akan bergerak ke arah pelucutan senjata nuklear di Semenanjung Korea.

Video tersebut dihasilkan oleh Destiny Pictures, sebuah syarikat yang berpangkalan di Los Angeles. Seorang wakil Destiny Pictures tidak dapat dihubungi untuk memberi komen.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan