Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Trump berunding dengan Kim Jong Un dalam sidang bersejarah di S’pura

SINGAPURA: Pemimpin Amerika Syarikat dan Korea Utara bertemu buat pertama kali di Singapura hari ini (12 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Trump berunding dengan Kim Jong Un dalam sidang bersejarah di S’pura

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Jun 2018 12:54PM Dikemas Kini : 12 Jun 2018 12:58PM

SINGAPURA: Pemimpin Amerika Syarikat dan Korea Utara bertemu buat pertama kali di Singapura hari ini (12 Jun).

Presiden Donald Trump dan Encik Kim Jong Un berjabat tangan di hadapan media antarabangsa sebelum memulakan rundingan untuk meredakan ketegangan di Semenanjung Korea.

Jabat tangan bersejarah itu berlaku pada 9.05 pagi di Hotel Capella, Sentosa, di hadapan bendera Korea Utara dan Amerika Syarikat. Kedua-dua pemimpin turut menguntum senyuman sebelum bergambar.

Presiden Trump dan Encik Kim kemudian menjawab pertanyaan media di sebuah bilik khas di mana Encik Trump menjawab soalan pertama dengan berkata: "Saya amat berbesar hati ... Jangan ragu kami akan menjalin hubungan yang sangat baik."

Bercakap dalam bahasa Korea, Encik Kim berkata "ia bukan mudah untuk mencapainya" dan "prasangka lama menjadi hambatan tetapi kami berhasil mengatasinya dan kami bersedia membincangkannya".

Kedua-dua pemimpin kemudian mengadakan rundingan empat mata, yang hanya dihadiri oleh penterjemah masing-masing, yang disusuli dengan rundingan dua hala dengan delegasi kedua-dua belah pihak sebelum makan tengah hari selepas mesyuarat tersebut.

Sidang bersejarah itu dinanti-nantikan dengan penuh harapan, dengan ramai orang membarisi jalan raya di Singapura menunggu ketibaan kedua-dua pemimpin pada Ahad lalu.  

Sumber : CNA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan