Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tolak label kaum dalam perbualan seharian, kata Presiden Halimah

Presiden Halimah Yacob menyeru mereka yang mengalami pelabelan kaum dalam perbualan seharian supaya bangkit bersuara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tolak label kaum dalam perbualan seharian, kata Presiden Halimah

Presiden Halimah Yacob bergambar dengan para pelajar (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 28 Aug 2018 09:41PM Dikemas Kini : 28 Aug 2018 09:58PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menyeru mereka yang mengalami pelabelan kaum dalam perbualan seharian supaya bangkit bersuara.

Seruan itu dibuat semasa beliau bersama 182 pelajar dari pelbagai sekolah, yang sebahagiannya menyertai program keharmonian kaum anjuran Wisma Teroka Singapura pada Selasa (28 Ogos).

Semasa program tersebut para pelajar dipersembahkan dengan sebuah sketsa yang menekankan peri penting menjaga kepekaan kaum dan agama, selain membincangkan cara memupuk keharmonian walaupun wujud perbezaan.

Presiden Halimah juga menggalakkan para pelajar supaya memikirkan cara-cara untuk membuat sumbangan secara individu bagi keharmonian kaum. Ini termasuk menolak stereotaip kaum dalam perbualan seharian.

Selain itu, beliau sempat meninjau-ninjau pameran interaktif Hari Kebangsaan 'We're SG' yang menampilkan rakyat aktif.
Puan Halimah memuji usaha pusat tersebut dalam menerapkan nilai-nilai baik kepada generasi akan datang seperti kerja keras dan menerima kerencaman kaum. 

Sumber : CNA/NT/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan