Images
  • mediacorp
    Kampus baru Mediacorp di Stars Avenue.

Tinjauan Nielsen: Stesen Mediacorp terus kuasai gelombang radio S'pura

SINGAPURA: Syarikat Mediacorp mengukuhkan kedudukannya sebagai rangkaian radio terulung di Singapura.

Dalam Tinjauan Radio Nielsen yang terbaru, kesemua empat stesen radio yang paling diminati, adalah stesen-stesen radio Mediacorp.

Class 95 kekal sebagai stesen radio Inggeris nombor satu di Singapura.

Stesen radio Melayu WARNA 94.2FM pula, adalah stesen radio nombor satu dari segi tempoh masa yang dihabiskan para pendengar untuk mengikuti siarannya iaitu purata 16 jam 47 minit setiap minggu.

Jumlah pendengar stesen RIA 89.7FM pula bertambah sebanyak 16,000 orang.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar kami yang menyokong kami melalui gelombang udara, sosial dan acara kami," kata Ketua Pegawai Pelanggan Mediacorp, Irene Lim.

"Kami berbesar hati bukan sahaja untuk mengembangkan jumlah pendengar tetapi mempunyai hubungan yang lebih mendalam dengan pendengar kami.

"Kami akan terus berusaha keras untuk membaiki muzik, kandungan dan atur cara kami di semua produk radio kami."

Tinjauan Nielson itu dijalankan antara Mac hingga Mei 2018.

- CNA/SU/tq

Top