Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tinjauan IPS: Warga S'pura punya pendapat berbeza biaya penduduk tua

Rakyat Singapura mempunyai pendapat yang berbeza tentang pembiayaan perbelanjaan sosial untuk warga tua.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jan 2018 08:36PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 11:21PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura mempunyai pendapat yang berbeza tentang pembiayaan perbelanjaan sosial untuk warga tua.

Dua daripada lima rakyat tempatan atau hampir 40% mereka yang ditinjau, tidak bersetuju untuk membayar lebih banyak cukai kira-kira 34% berpendapat sebaliknya.

Lagi 26% berkecuali.

Ini didedahkan dalam satu tinjauan terbaru yang dijalankan Institut Pengajian Dasar (IPS).

Jangka hayat rakyat Singapura adalah antara tertinggi di dunia, yakni 83 tahun.

Dengan meningkatnya jumlah penduduk tua dan kadar kelahiran yang rendah, dijangkakan akan terdapat sembilan warga tua bagi setiap 10 rakyat Singapura yang bekerja pada tahun 2080.

Dan ini bermakna perbelanjaan sosial ke atas warga tua akan bertambah.

Tetapi tidak semua bersetuju bagaimana ia harus dibiayai.

Mereka yang ditinjau juga ditanya jika konsep pulangan pelaburan bersih harus digunakan untuk membiayai generasi sekarang, bermakna kurang dana bagi generasi masa depan.

37% bersetuju tetapi 26% tidak.

Apabila ditanya tanggungjawab siapakah untuk menjaga warga tua, majoriti berkata keluarga adalah sokongan sosial yang pertama, diikuti oleh Pemerintah.

Masyarakat pula berada di tangga ketiga disusuli majikan.

Tinjauan itu juga mendapati dua pertiga responden percaya pekerja lebih tua berusia 55 tahun dan ke atas menghadapi diskriminasi apabila mencari kerja.

Isu diskriminasi usia di tempat kerja merupakan sesuatu yang pergerakan buruh NTUC sedang cuba menanganinya.

Menurut NTUC, terdapat "akibat yang serius" dengan cara bagaimana Singapura menangani masalah penduduk yang semakin tua.

Ini termasuk sulit untuk mengambil pekerja yang lebih muda serta kurangnya pekerja lebih muda untuk membayar cukai.

Oleh itu, NTUC menggalak para majikan untuk menyokong dan meningkatkan kemahiran pekerja berusia menerusi program WorkPro.

Tinjauan kebangsaan itu meninjau sekitar 2,000 rakyat dan penduduk tetap Singapura hujung tahun lalu. 

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan