Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tindakan guaman Majlis Bandaran ke atas para AP Parti Pekerja dibicarakan Oktober

Tindakan guaman sivil oleh Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) dan Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol (PRPTC) terhadap AP Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang, Sylvia Lim dan Pritam Singh akan didengarkan di Mahkamah Tinggi dari 1 Oktober hingga 2 November.

Anggaran Waktu Membaca:
Tindakan guaman Majlis Bandaran ke atas para AP Parti Pekerja dibicarakan Oktober

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 13 Aug 2018 11:35PM Dikemas Kini : 13 Aug 2018 11:39PM

SINGAPURA: Tindakan guaman sivil oleh Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) dan Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol (PRPTC) terhadap Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP) Low Thia Khiang, Sylvia Lim dan Pritam Singh akan didengarkan di Mahkamah Tinggi dari 1 Oktober hingga 2 November.

Tarikh perbicaraan ditetapkan pada Isnin (13 Ogos) selepas satu sidang tertutup di Mahkamah Tinggi.

Encik Low, Cik Lim, dan Encik Singh kini terlibat dalam kes saman bernilai jutaan dolar berhubung pembayaran tidak wajar yang didakwa dilakukan oleh majlis-majlis bandaran tersebut antara 2011 dan 2015.

Selain daripada tiga pemimpin WP, para defendan lain ialah: anggota AHTC Encik Chua Zhi Hon, Encik Kenneth Foo Seck Guan, dan Cik How Weng Fan; bekas ejen pengurusan majlis bandaran itu, FM Solutions and Services (FMSS) serta pemiliknya, Encik Danny Loh, yang meninggal dunia pada tahun 2016.

Pada Julai tahun lalu, satu tuntutan mahkamah difailkan ke atas mereka oleh panel bebas tiga anggota bagi pihak AHTC. Ia menuduh para AP berkenaan menubuhkan sebuah sistem yang pincang yang membenarkan pelantikan FMSS sebagai ejen pengurusan majlis bandaran, dan mengupayakan syarikat dan/atau pegawainya meraih manfaat untuk diri mereka sendiri.

Pihak defendan diminta untuk memperjelaskan wang S$33.7 juta yang dibayar kepada FMSS dan penyedia perkhidmatannya, FM Solutions & Integrated Services serta memperbetul sebarang bayaran tidak wajar.

Pada bulan September, PRPTC melancarkan tindakan guaman yang serupa terhadap lapan defendan tersebut atas tuntutan dan pelepasan bayaran berhubung kawasan undi Punggol East.

WP memenangi kawasan undi perseorangan dalam pilihan raya kecil Punggol East pada tahun 2013, dan menyertakannya di bawah pengurusan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang.

Namun ia kemudian kehilangan kawasan undi tersebut pada Pilihan Raya Umum 2015, dan pengurusan Punggol East kembali ke PRPTC.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan