Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Timbangkan kesannya sebelum keluarkan mata wang digital sendiri

Bank-bank pusat perlu menimbangkan kesan bagi kestabilan dan dasar kewangan jika mereka membuat keputusan untuk mengeluarkan mata wang digital sendiri kepada orang ramai. 

Anggaran Waktu Membaca:
Timbangkan kesannya sebelum keluarkan mata wang digital sendiri

Mata wang digital. (Gambar: REUTERS/Marco Bello)

Diterbitkan : 13 Mar 2018 04:59PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 05:03PM

SINGAPURA: Bank-bank pusat perlu menimbangkan kesan bagi kestabilan dan dasar kewangan jika mereka membuat keputusan untuk mengeluarkan mata wang digital sendiri kepada orang ramai.

Demikian menurut laporan dari Jawatankuasa Penyelesaian Pembayaran dan Prasarana Pasaran Antarabangsa (CPMI) dan Jawatankuasa Pasaran.

Laporan tersebut didedahkan menjelang mesyuarat para gabenor bank pusat G20 dan menteri kewangan di Argentina minggu depan.

Walaupun penggunaan mata wang digital dapat memperbaiki proses penyelesaian dalam sistem perbankan, CPMI menegaskan bahawa "ia merupakan sesuatu yang amat baru dan berpotensi mempunyai risiko".

Salah satu risiko itu adalah pengubahan wang haram dan pembiayaan bagi pengganasan.

Ini memandangkan mata wang digital dengan mudah boleh dipindahkan merentasi sempadan atau digunakan di kawasan lepas pantai.

CPMI berharap laporannya boleh mencetus perbincangan lanjut mengenai mata wang digital semasa mesyuarat G20 dan seterusnya membantu negara-negara membuat pilihan berdasarkan keadaan masing-masing. 

Sumber : CNA/NU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan