Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada permohonan rasmi dari M'sia untuk bawa pulang jet peribadi Jho Low

Pesawat yang dikaitkan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diletakkan di Lapangan Terbang Seletar, menurut Pasukan Polis Singapura hari ini (14 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada permohonan rasmi dari M'sia untuk bawa pulang jet peribadi Jho Low

Gambar fail enjin pesawat Bombardier Global 5000. (Gambar: Carl Court/ AFP)

Diterbitkan : 14 Aug 2018 07:41PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 07:44PM

SINGAPURA: Pesawat yang dikaitkan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diletakkan di Lapangan Terbang Seletar, menurut Pasukan Polis Singapura hari ini (14 Ogos).

Polis belum menerima sebarang permintaan rasmi daripada pihak berkuasa Malaysia untuk membawa pulang pesawat itu.

Kenyataan polis itu dikeluarkan selepas sebuah syarikat khidmat penerbangan Jet Aviation menyatakan semalam (13 Ogos) bahawa jet peribadi milik ahli perniagaan Low Taek Jho - yang juga dikenali sebagai Jho Low - berada di Singapura buat masa ini.

Jho Low membeli pesawat Bombardier Global 5000 pada harga AS$35.4 juta (S$48.6 juta) pada 2010 dengan menggunakan dana yang dipercayai diambil daripada 1MDB, menurut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ).

Jet Aviation menyatakan semalam (13 Ogos) bahawa pesawat Bombardier Global 5000 mempunyai nombor pendaftaran yang sama dengan pesawat yang dikenal pasti DOJ, di kemudahannya di Lapangan Terbang Seletar.

Pada Ahad lalu (12 Ogos), Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa Malaysia akan membawa pulang pesawat tersebut.

Low dikehendaki pihak berkuasa Malaysia bagi menjalani siasatan berkaitan dana 1MDB yang diasaskan oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak.

Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu para wartawan hari ini (14 Ogos) bahawa Malaysia belum lagi secara rasmi membuat permohonan bagi khidmat bantuan guaman dari Singapura berkaitan pesawat itu.

Encik Tommy juga berkata bahawa Malaysia boleh menjual kapal yang dikaitkan dengan kes Jho Low.

Kapal Equanimity bernilai AS$250 juta (S$340 juta), yang menurut DOJ juga dibeli oleh Jho Low, diserahkan kepada Malaysia oleh pihak berkuasa Indonesia. Ia tiba di Pelabuhan Klang minggu lalu.

Perampasan kapal tersebut dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang Malaysia, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri Liew Vui Keong hari ini (14 Ogos) sambil menolak dakwaan bahawa kapal itu dirampas secara tidak sah.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan