Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada denda dikenakan jika pemaju tidak laksanakan langkah tangani kesan sekitaran

Para pemaju hartanah tidak akan dikenakan denda sekiranya mereka tidak melaksanakan langkah-langkah yang disarankan untuk menangani kesan-kesan sekitaran. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada denda dikenakan jika pemaju tidak laksanakan langkah tangani kesan sekitaran

Papan tanda dipasang di kawasan Mandai Road. (Gambar: Fann Sim)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 03:23PM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 03:26PM

SINGAPURA: Para pemaju hartanah tidak akan dikenakan denda sekiranya mereka tidak melaksanakan langkah-langkah yang disarankan untuk menangani kesan-kesan sekitaran, kata Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Negara Sun Xueling di Parlimen hari ini (11 Jul).

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen GRC Nee Soon Louis Ng tentang langkah-langkah yang sudah dijalankan menyusuli kemalangan di kawasan Mandai akibat haiwan yang melintas jalan raya. Pada bulan Jun, seekor babi hutan bunting dan rusa sambar mati dalam kemalangan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata Pembangunan Taman Mandai (MPD) bertanggungjawab untuk melaksanakan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan kegiatan pembangunan terhadap hidupan liar di kawasan tersebut.

Namun, meskipun tiada denda dikenakan, pemaju hartanah sudah melaksanakan Pelan Pengurusan dan Pemantauan Sekitaran (EMMP).

"EMMP dipantau dan disemak oleh satu panel sekitaran dan penasihat. Sekiranya terdapat kesan-kesan sekitaran yang tidak dijangkakan dan memerlukan pelaksanaan langkah tambahan sewajarnya, MPD akan mengubah suai EMMP selepas berbincang dengan agensi-agensi teknikal yang relevan," kata Cik Sun.

Beliau menambah, MPD sudah menjalankan beberapa langkah bagi mencegah kemalangan jalan raya di kawasan berkenaan, seperti memasang penghadang di sekitar kawasan Mandai Lake Road.

Menyusuli sekurang-kurangnya lima insiden haiwan yang mati di kawasan itu sejak kerja-kerja pembangunan dijalankan, para aktivis hidupan liar bertanya mengapa jambatan Eco-Link belum siap dibina sebelum kerja-kerja binaan dimulakan.

Encik Ng juga bertanya jika jambatan tersebut antara langkah-langkah yang tersenarai di bawah Penilaian Kesan Sekitaran (EIA).

"Saya perlu periksa jika ia sebahagian daripada EIA. Setahu saya, ya," kata beliau.

Beliau menambah, pembinaan jambatan Eco-Link sudah bermula. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan