Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tharman Shanmugaratnam: SAF mampu tangani ancaman pengganasan, serangan siber

Pengganasan dan serangan siber adalah ancaman yang semakin mendesak di tengah-tengah landskap keselamatan yang sentiasa berubah-ubah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jun 2018 08:20PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 03:18PM

SINGAPURA: Pengganasan dan serangan siber adalah ancaman yang semakin mendesak di tengah-tengah landskap keselamatan yang sentiasa berubah-ubah.

Namun, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) boleh berkembang untuk memberikan respons kepada ancaman-ancaman itu kerana para kakitangan SAF yang berkhidmat untuk negara.

Demikian kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam di satu upacara pentauliahan di Institut Tentera SAFTI hari ini (17 Jun).

Atas usaha mereka, termasuk hampir 350 pegawai yang baru menerima tauliah, SAF teguh, kata Encik Tharman.

Para pegawai menjalani latihan selama 38 minggu di Sekolah Pegawai Kadet dan akan memikul jawatan komander, jurulatih atau pegawai am di tentera darat, laut dan udara.

Encik Tharman menambah ia bukanlah satu tanggungjawab yang harus dipandang ringan kerana negara ini meletakkan kepercayaan terhadap isu pertahanan di tangan mereka.

"Apa yang anda lakukan akan membentuk pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) mereka yang menganggap anda sebagai pegawai dan pemimpin," kata Encik Tharman kepada para pegawai baru SAF.

Beliau turut menasihati mereka supaya memimpin dengan baik, latih anggota lain dengan bersungguh-sungguh dan pastikan keselamatan mereka.

"Ini adalah tanggungjawab yang serius, yang anda mesti melaksanakannya dengan penuh prihatin."  

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan