Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Terminal Bas Kampong Bahru dibuka 10 Mac

Terminal Bas Kampong Bahru akan dibuka pada 10 Mac ini, sekaligus menggantikan Terminal New Bridge Road yang sedia ada, demikian diumumkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (13 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
Terminal Bas Kampong Bahru dibuka 10 Mac
Diterbitkan : 13 Feb 2018 04:46PM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 05:21PM

SINGAPURA: Terminal Bas Kampong Bahru akan dibuka pada 10 Mac ini, sekaligus menggantikan Terminal New Bridge Road yang sedia ada, demikian diumumkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (13 Feb).

Terminal yang ditempatkan di Spooner Road itu akan memudahkan rancangan Kementerian Kesihatan (MOH) untuk membangunkan semula Kampus Outram termasuk Hospital Besar Singapura (SGH).

Menurut kenyataan media LTA, sebuah Pusat Jagaan Elektif SGH yang baru akan menambah jumlah katil dan kemudahan klinikal lain juga akan dibina di tapak terminal bas yang ada sekarang.

Terminal Bas Kampong Bahru akan dilengkapi dengan kemudahan berbumbung untuk para penumpang naik dan turun bas. Ia bebas hadangan dan pendekatan ini juga diambil bagi tandas awamnya bagi memenuhi keperluan golongan warga tua, mereka yang menghadapi kesukaran bergerak dan keluarga dengan anak kecil.

Dalam pada itu,barisan beratur yang memberi keutamaan kepada warga tua dan keluarga turut disediakan, selain sebuah bilik untuk keperluan keluarga.

LTA selanjutnya menyatakan bahawa bagi "memudahkan pergerakan dan ketersambungan pengguna", 150 tempat letak basikal dan laluan pejalan kaki berbumbung dan bebas hadangan akan disediakan bagi menghubungkan nadi pengangkutan utama.

Kesemua 12 khidmat bas yang beroperasi di Terminal Bas New Bridge Road buat masa ini - 2, 12, 12e, 54, 120, 121, 122, 174, 174e, 190, CT8 dan CT18 - akan turut beroperasi di terminal baru itu apabila ia dibuka kelak.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan