Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempoh sewa HDB lebih panjang bagi penyewa asing bukan M'sia

Para pemilik rumah dibenarkan menyewakan flat atau bilik-bilik mereka kepada warga asing bukan rakyat Malaysia bagi tempoh maksimum 2 tahun bermula 1 Januari 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Dec 2018 10:03AM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 12:21AM

SINGAPURA: Para pemilik rumah dibenarkan menyewakan flat atau bilik-bilik mereka kepada warga asing bukan rakyat Malaysia bagi tempoh maksimum 2 tahun bermula 1 Januari 2019.

Demikian menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (18 Dis).

Tempoh itu lebih panjang berbanding sebelumnya, iaitu 1.5 tahun.

Semakan terhadap tempoh sewa berkenaan adalah bagi semua permohonan penyewa warga asing bukan Malaysia yang diterima HDB pada atau selepas 1 Jan 2019.

Menurut HDB, semakan itu bersifat lebih fleksibel di mana para pemilik flat boleh menetapkan tempoh sewa lebih lama dengan penyewa asing yang mempunyai pas kerja/imigresen yang sah bagi tempoh lebih panjang iaitu selama dua tahun.

Tempoh sewa maksimum bagi penyewa yang merupakan rakyat Singapura dan/atau Malaysia tidak berubah, iaitu selama tiga tahun.

HDB menambah, para pemilik flat yang buat masa ini sedang menyewakan flat atau bilik masing-masing kepada penyewa asing bukan Malaysia dengan kelulusan HDB boleh terus melakukan demikian bagi tempoh yang diluluskan. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan