Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempat letak kereta Holland Village ditutup: Pegerai bimbang perniagaan terjejas

Tempat letak kereta terbuka di Holland Village akan ditutup mulai esok (13 Ogos) demi memberi laluan kepada satu projek pembangunan baru di kawasan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Aug 2018 07:49PM Dikemas Kini : 12 Aug 2018 10:40PM

SINGAPURA: Tempat letak kereta terbuka di Holland Village akan ditutup mulai esok (13 Ogos) demi memberi laluan kepada satu projek pembangunan baru di kawasan itu.

Walaupun kegiatan jual beli di Pasar Holland Village berjalan seperti biasa pagi tadi (12 Ogos), para penjaja dan peniaga di Holland Village kini berasa bimbang.

Mereka percaya perniagaan mereka pasti terjejas apabila tempat letak kereta terbuka dengan lebih 400 lot di situ ditutup mulai esok. Ini terutama sekali bagi para penjaja makanan di pasar tesebut.

Bagaimanapun, mereka akan mengambil sikap 'tunggu dan lihat' dahulu sebelum membuat rancangan selanjutnya.

HDB sudah mengeluarkan notis untuk memaklumkan para pemandu tentang penutupan tempat letak kereta berkenaan sejak awal bulan ini.

Ini selepas konsortium yang diterajui Far East Organisation diberikan tender menjalankan peluasan Holland Village pada Mei lalu.

Projek itu bakal mewujudkan pejabat, rumah dan kedai serta lebih banyak ruang kegunaan awam. Seluruh projek tersebut dijangka siap dalam masa tujuh tahun.

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan