Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teksi kuasa elektrik penuh ComfortDelGro diuji di S'pura

"Kami sudah agak lama mencari kenderaan elektrik yang boleh dipercayai, selamat dan boleh dicas dengan lebih cepat," kata Encik Ang Wei Neng, ketua pegawai eksekutif ComfortDelGro.

Anggaran Waktu Membaca:
Teksi kuasa elektrik penuh ComfortDelGro diuji di S'pura

Teksi Ioniq elektrik ini boleh dicas sepenuhnya dalam masa kurang setengah jam. (Gambar: ComfortDelGro Taxi)

Diterbitkan : 19 Jul 2018 01:55PM Dikemas Kini : 19 Jul 2018 02:00PM

SINGAPURA: Dua teksi berkuasa elektrik penuh yang mempunyai keupayaan untuk dicas dengan cepat sedang diuji di Singapura, ComfortDelGro mengumumkan hari ini (19 Jul).

Kedua-dua teksi Hyundai Ioniq itu menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya, tidak seperti teksi hibrid minyak-elektrik ComfortDelGro yang sedia ada. Teksi Hyundai Ioniq itu juga boleh dicas sepenuhnya dalam masa kurang setengah jam, menurut syarikat pengangkutan itu dalam satu kenyataan media.

Teksi Ioniq elektrik yang dicas sepenuhnya boleh digunakan bagi jarak perjalanan lebih 200km, menurut ComfortDelGro. Ia juga lebih murah untuk mengecas teksi Ioniq elektrik kerana kos mengecas hanya sepertiga daripada kos diesel bagi jarak perjalanan yang sama, syarikat itu menambah.

"Kami sudah agak lama mencari kenderaan elektrik yang boleh dipercayai, selamat dan boleh dicas dengan lebih cepat," kata Encik Ang Wei Neng, ketua pegawai eksekutif ComfortDelGro. "Kami inginkan kenderaan yang boleh dicas dalam masa yang tersingkat kerana masa adalah sangat berharga bagi pemandu-pemandu teksi."

Tambang permulaan bagi teksi Ioniq yang menggunakan kuasa elektrik adalah S$3.90. Ia boleh dicas di stesen cas laju di Komoco Motors di Alexandra Road, menurut ComfortDelGro.

Teksi-teksi ini juga dilengkapi dengan teknologi bateri bijak yang membolehkan baterinya dicas menggunakan tenaga elektrik apabila pemandu memperlahankan kenderaan atau menekan brek. Bateri itu juga boleh dicas apabila teksi itu turun dari bukit.

Sumber : CNA/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan