Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teksi dan kereta sewa privet mungkin dibenarkan guna lorong dan perhentian bas

Teksi-tekni dan kereta sewa privet mungkin dibenarkan menggunakan perhentian bas dan lorong khas bas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Dec 2018 09:12PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 11:17PM

SINGAPURA: Teksi-tekni dan kereta sewa privet mungkin dibenarkan menggunakan perhentian bas dan lorong khas bas.

Ini sekiranya saranan-saranan yang dikemukakan Persatuan Kenderaan Sewa Privet Kebangsaan dan Persatuan Teksi Negara diterima untuk Pelan Induk Pengangkutan Darat 2040.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) kini dalam proses mendapatkan pandangan orang ramai serta industri mengenai rancangan itu.

Antara yang disarankan termasuk membangunkan aplikasi untuk para pengguna yang merangkumi semua jenis pengangkutan termasuk teksi dan kereta sewa privet dari pengendali yang berlainan.

Satu lagi cadangan adalah untuk mempercepatkan perkhidmatan ikut permintaan bagi pengangkutan awam semasa waktu kurang sibuk dan para pengguna dengan keperluan khas.

Saranan-saranan lain termasuk memastikan bahawa semua pemandu, terutamanya para pemandu, mempunyai pemahaman yang jelas mengenai penggunaan teknologi.

Sumber : CNA/RR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan