Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Team Singapore perlihat prestasi menyerlah di Sukan Para Asia 2018

Atlit-atlit negara yang menyertai Sukan Para Asia tahun ini di Jakarta diberi sambutan meriah apabila pulang ke tanah air pada petang Ahad (14 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Oct 2018 08:43PM Dikemas Kini : 14 Oct 2018 09:00PM

SINGAPURA: Atlit-atlit negara yang menyertai Sukan Para Asia tahun ini di Jakarta diberi sambutan meriah apabila pulang ke tanah air pada petang Ahad (14 Okt).

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu adalah dalam kalangan mereka yang menunggu ketibaan pasukan negara di Lapangan Terbang Changi.

Para atlit negara menunjukkan prestasi amat baik dalam Sukan Para Asia kali ini.

Mereka membawa pulang tiga pingat emas, dua perak dan lima gangsa.

Semasa kejohanan di Korea Selatan empat tahun lalu, pasukan Singapura menang satu emas, satu perak dan empat gangsa.

Nurulasyiqah Mohd Taha, ketua pasukan boccia Singapura, berkata: "Saya rasa Sukan Para Asia kali ini merupakan peluang untuk pasukan boccia saya menebus kembali kehampaan kami empat tahun lalu apabila kami tidak dapat memasuki peringkat separuh akhir.

"Jadi kali ini, dengan peluang untuk mencabar negara-negara lain dan dapat meraih pingat perak adalah satu kejayaan yang saya sangat banggakan sebab saya rasa pasukan saya semuanya memberi 100 peratus dalam pertandingan kali ini."

Cik Fu turut memuji usaha para atlit dan berharap prestasi yang ditunjukkan mereka di Jakarta akan meningkatkan sokongan kepada sukan golongan berkeperluan khas.  

Sumber : CNA/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan