Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tall Order: The Goh Chok Tong story kutip lebih S$2 juta bagi amal

Lebih $2 juta berjaya dikumpulkan di acara pelancaran amal buku biografi Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong yang berjudul "A Tall Order".

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Nov 2018 10:26PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 10:29PM

SINGAPURA: Lebih $2 juta berjaya dikumpulkan di acara pelancaran amal buku biografi Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong yang berjudul "A Tall Order".

Lebih 250 buku yang ditandatangani ESM Goh sendiri dijual di acara itu pada harga $2,000, $10,000 dan $50,000.

Hasil jualan itu serta pendapatan royalti daripada buku tersebut akan disalurkan kepada dua inisiatif amal iaitu 'The MediaCorp Enable Fund' dan 'EduGrow for Brighter Tomorrows'.

ESM Goh terlibat dalam mengadakan dua inisiatif itu.

'The Mediacorp Enable Fund' membantu golongan kurang upaya meningkatkan kemahiran serta peluang pekerjaan mereka

'EduGrow for Brighter Tomorrows' pula adalah inisiatif untuk menyokong kanak-kanak dari keluarga kurang bernasib baik.

Semasa berucap di acara tersebut, ESM Goh menekankan pentingnya untuk meneruskan usaha bagi menjadikan Singapura sebuah masyarakat meritokrasi.

"Generasi saya menikmati faedah daripada meritokrasi dan mobiliti sosial yang dipelopori pemerintah dan dipupuk oleh masyarakat.

Saya berpendapat kita perlu melakukan sesuatu untuk membantu orang lain kerana meritokrasi tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Kita perlu terus menyesuaikannya bagi mengekalkan sebuah sistem terbuka dengan peluang bagi semua warga Singapura untuk meningkatkan diri," kata beliau.

Sumber : CNA/NU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan