Images
  • TAA main
    Gambar program Sinaran Hati. (Gambar: Mediacorp Suria)

TAA sambut ulang tahun ke-25 tahun ini; teguh bantu masyarakat

SINGAPURA: Dengan usaha anda, kita mampu meringankan beban dan kerintihan mereka. Tabung Amal Aidilfitri (TAA) tidak putus usaha untuk terus membantu masyarakat.

Sejak 5 tahun yang lalu, TAA telah menyalurkan $5 juta kepada 12,000 penerima.

Inisiatif terbaru TAA ialah untuk terus melangkah ke hadapan melalui Projek Gerak Masyarakat (PGM).

Usaha yang tertumpu kepada penerima TAA memastikan bantuan yang diberikan dalam pelbagai bentuk akan memberikan kesan positif yang berpanjangan.


Sempena sambutan TAA yang ke-25 tahun, kami mengalu-alukan kehadiran anda di Konsert AMAL SINARAN HATI yang akan diadakan di Studio One, MediaCorp Campus, One Stars Avenue, pada Jumaat, 26 Januari 2018, 8.30 malam.

Tiket berharga $28.00 boleh didapati dari First Lady, Tanjong Katong Complex (Masa: 11.00 pagi hingga 8.30 malam).

Konsert ini memaparkan pahit getir kehidupan beberapa penerima yang telah anda bantu selama ini.

Rebutkan ganjaran dengan meringkankan jejari anda untuk menderma, seikhlasnya.

1900 112 9050 $50 

1900 112 9010 $10 

- BERITAMediacorp/fa

Top