Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat tempatan hasilkan kit ujian barah gastrik yang lebih tepat

Syarikat diagnostik perubatan Restalyst melancarkan kit ujian barah gaster yang lebih tepat analisisnya, demikian diumumkan oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) hari ini (11 November).

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat tempatan hasilkan kit ujian barah gastrik yang lebih tepat

Pasukan NUS-Restalyst. (Gambar: NUS)

Diterbitkan : 11 Nov 2015 07:48PM Dikemas Kini : 11 Nov 2015 07:54PM

SINGAPURA: Syarikat diagnostik perubatan Restalyst melancarkan kit ujian barah gastrik yang lebih tepat analisisnya, demikian diumumkan oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) hari ini (11 November).

Kit yang diberi nama GC-REAAD itu adalah berdasarkan ujian darah yang berupaya mengesan barah sedemikian dengan lebih berkesan berbanding ujian-ujian lain.

Kajian pengesahan yang dijalankan ke atas contoh darah pesakit dikumpul oleh Konsortium Barah Gastrik Singapura.

Ujian tersebut dihasilkan dari teknologi ciptaan Penolong Profesor Lim Yoon Pin dari Jabatan Biokimia, Sekolah Perubatan Yong Loo Lin NUS.

Pasukan pimpinan Dr Lim berjaya mengenal pasti dan mengesan sejenis protein yang lebih tinggi parasnya pada pesakit barah gastrik berbanding pesakit lain yang tidak menghidapi barah tersebut.

"Kami amat berbesar hati dengan pencapaian Restalyst yang berjaya memasarkan teknologi ciptaan NUS ini, mengubahkannya sehingga menjadi perkakas diagnostik yang berupaya dijadikan wadah untuk menguji barah gastrik. Ini adalah satu contoh yang baik di mana salah satu SME tempatan dapat memanfaatkan penggunaan teknologi baru dari NUS untuk mempertingkatkan lagi daya saing kami di pasaran antarabangsa," kata Dr Lily Chan, CEO NUS Enterprise.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan