Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat penghantaran makanan catat kenaikan pelanggan sempena Hari Raya dan Piala Dunia

Syarikat-syarikat penghantaran makanan mencatat peningkatan pelanggan sehingga 30 peratus sepanjang hujung minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jun 2018 07:24PM Dikemas Kini : 17 Jun 2018 10:15PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat penghantaran makanan mencatat peningkatan pelanggan sehingga 30 peratus sepanjang hujung minggu ini.

Ini disebabkan musim perayaan Hari Raya dan permulaan Piala Dunia tahun ini. Jumlah ini dijangka terus meningkat.

Syarikat penghantaran makanan lewat malam seperti Porterfetch menyatakan perniagaan beberapa malam ini agak sibuk sekali.

Mentelah lagi, waktu operasi syarikat itu adalah dari 9.00 malam hingga 3.00 pagi - bertepatan dengan waktu berlangsungnya perlawanan-perlawanan Piala Dunia.

Bagai "lubuk emas", syarikat itu menyaksikan perniagaannya mencatat kenaikan antara 20 peratus hingga 30 peratus sepanjang hujung minggu ini.

PENGHANTAR MAKANAN TETAP BEKERJA PADA MALAM RAYA

Meskipun kebanyakan pekerja Porterfetch berada di rumah menyambut Hari Raya bersama keluarga mereka, syarikat itu mula mengambil lebih ramai penghantar makanan dan melanjutkan insentif hujung minggu mereka.

Langkah itu dijalankan pada malam Raya yang jatuh bersamaan dengan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018.

Meskipun begitu, masih ada penghantar makanan mereka yang seharusnya menyambut ketibaan Syawal, yang menerima tempahan. Ini didedahkan Encik Kenneth Ho sendiri selaku Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Porterfetch.

"Kebanyakan pekerja kami menyambut Hari Raya dengan keluarga mereka. Tetapi pada lewat malam, selepas tengah makam, kami melihat mereka 'online' dan menghantar beberapa pesanan," kata Encik Ho.

MAKANAN 'CHEF IN BOX' JUGA DAPAT SAMBUTAN

Di Kelab Masyarakat Keat Hong pula, perlawanan-perlawanan Piala Dunia ditayangkan secara langsung sepanjang bulan ini.

Ia juga satu-satunya kelab masyarakat yang mempunyai beberapa mesin layan diri 'Chef in Box' yang menjual makanan ringan, minuman dan makanan.

Sejak Khamis lalu (14 Jun), Chef in Box menyatakan perniagaan meningkat 10 peratus berbanding dengan purata biasa.

Di samping itu, pilihan untuk membeli juadah beku di mesin itu sebenarnya membantu segelintir masyarakat Islam yang membelinya untuk disajikan sebagai juadah berbuka pada Ramadan lalu.

Syarikat-syarikat ini menjangkakan perniagaan akan semakin rancak apabila peringkat separuh akhir Piala Dunia bermula nanti. 

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan