Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat pemula S'pura akan lebih mudah dapat bantuan masuk pasaran Perancis

Syarikat-syarikat pemula Singapura akan mendapati lebih mudah untuk memasuki pasaran Perancis serta mendapatkan sokongan pembiayaan bagi projek-projek bersama dengan firma-firma dari negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jul 2018 09:04PM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 09:09PM

PERANCIS: Syarikat-syarikat pemula Singapura akan mendapati lebih mudah untuk memasuki pasaran Perancis serta mendapatkan sokongan pembiayaan bagi projek-projek bersama dengan firma-firma dari negara itu.

Ini hasil perjanjian-perjanjian yang ditandatangani bagi mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dan inovasi antara kedua-dua negara.

Perjanjian-perjanjian tersebut ditandatangani agensi perdagangan Singapura, Enterprise Singapore, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) serta institusi-institusi Perancis.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing menyifatkan perjanjian-perjanjian berkenaan sebagai penting dalam menggalak keterbukaan di tengah-tengah sentimen global yang lebih cenderung kepada amalan perlindungan dagangan.

"Rentak inovasi kian rancak, apa yang teknologi boleh lakukan adalah berbeza daripada yang kita boleh lakukan pada masa lalu," kata Encik Chan.

"Oleh itu kita perlu merebut semua peluang untuk menyertai rangkaian sedemikian di merata dunia, untuk melebarkan sayap, untuk mencipta pekerjaan lebih baik bagi rakyat dan lebih banyak peluang bagi perniagaan kita."

Perjanjian-perjanjian tersebut adalah sebahagian daripada usaha untuk menubuhkan dan mengembangkan program Perikatan Inovasi Global di Paris.

Perikatan itu dilancarkan pada 2017 bagi mengukuhkan hubungan Singapura dengan hab-hab inovasi di merata dunia.

Ia juga bertujuan mencipta lebih banyak peluang bagi pelajar, usahawan dan perniagaan Singapura menjalin hubungan serta kerjasama dengan rakan-rakan di luar negara.   

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan