Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SUSS tawar modul percuma jika pelajar kahwin, timang cahaya mata

Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) menawarkan modul percuma kepada para pelajar yang mengikuti program sambilannya jika mereka berkahwin atau menimang cahaya mata semasa tempoh pengajian mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
SUSS tawar modul percuma jika pelajar kahwin, timang cahaya mata

Kampus Universiti SIM yang kini dinamakan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS). (Gambar fail: Laman Universiti SIM)

Diterbitkan : 14 Jul 2018 09:59AM Dikemas Kini : 14 Jul 2018 10:01AM

SINGAPURA: Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) menawarkan modul percuma kepada para pelajar yang mengikuti program sambilannya jika mereka berkahwin atau menimang cahaya mata semasa tempoh pengajian mereka.

Skim Bonus Perkahwinan dan Bayi, menurut universiti itu, adalah bagi menyokong "usaha Singapura menggalak perkahwinan dan keibubapaan".

Pelajar yang layak mestilah seorang rakyat Singapura atau Penduduk Tetap Singapura dan mendaftarkan perkahwinan mereka, kelahiran anak atau pengambilan anak angkat, pada atau selepas 23 Julai.

Jika layak, pelajar boleh mengambil dua modul yang masing-masing membawa lima unit kredit, atau satu modul 10 kredit, secara percuma.

Skim ini dibuka kepada semua pelajar SUSS yang mengikuti program sambilan termasuk bagi pengajian peringkat siswa, possiswazah dan jurusan undang-undang.

Pelajar yang ditaja SUSS atau syarikat tidak layak bagi skim ini. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan