Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suhu jatuh bawah 22°C di S'pura

Cuaca lebih sejuk daripada biasa hari ini (12 Jan) disebabkan oleh perubahan angin monsun di Laut China Selatan dan kawasan persekitarannya, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jan 2018 06:54PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 12:15AM

SINGAPURA: Cuaca lebih sejuk daripada biasa hari ini (12 Jan) disebabkan oleh perubahan angin monsun di Laut China Selatan dan kawasan persekitarannya, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Suhu di Ang Mo Kio dan Pulau Ubin jatuh ke paras bawah 22 darjah Celsius , manakala kawasan lain di Singapura juga mengalami cuaca lebih dingin di bawah 23°C. Demikian menurut data Jabatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) hari ini (12 Jan).

NEA meramalkan pada Rabu (10 Jan) bahawa keadaan monsun akan berterusan buat beberapa hari mendatang, dengan keadaan berangin berserta hujan dan kadang kala guruh dijangkakan di Singapura.

Suhu diramal antara 22°C dengan 28°C sepanjang tempoh ini.

Cuaca lebih dingin berserta hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan banjir kilat di kawasan timur Singapura pada Isnin (8 Jan). Di kawasan Kim Chuan Road, jumlah hujan yang turun mencecah separuh purata bulanan Januari dalam tempoh empat jam sahaja.

Semalam (11 Jan), suhu jatuh ke paras 21.9°C di Ang Mo Kio dan Admiralty pada jam 10.30 malam, menurut MSS.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan