Subsidi pengangkutan dilanjutkan untuk semua warga tua yang ke pusat jagaan, dialisis
Subsidi pengangkutan di bawah Dana Pergerakan dan Pengupayaan Warga Emas atau SMF akan dilanjutkan kepada semua warga tua mulai April ini
SINGAPURA: Mulai April, subsidi pengangkutan di bawah Dana Pergerakan dan Pengupayaan Warga Emas atau SMF akan dilanjutkan kepada semua warga tua yang memerlukan bantuan dalam pergerakan mereka, untuk pergi ke pusat-pusat jagaan warga tua dan dialisis yang dibiayai pemerintah.
Bercakap semasa perbahasan peruntukan kementeriannya, Menteri Negara Kesihatan Dr Amy Khor berkata, dengan langkah itu, lebih ramai warga tua diharap akan mendapatkan rawatan pemulihan.
MOH juga akan menyediakan lebih dana sokongan bagi para penyedia khidmat jagaan warga emas, untuk mengaturkan pengangkutan khusus bagi warga tua dan mereka yang mengalami masalah untuk berjalan.
Dr Khor berkata, lagi 1,000 warga emas akan meraih manfaat dari peningkatan itu.
Beliau menambah MOH menjangkakan, dana tambahan sekitar $14 juta akan disalurkan dari SMF, untuk menyokong para penyedia khidmat jagaan warga tua, bagi menyediakan pengangkutan kepada pesakit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.