Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Suasana sekitar Bangunan Parlimen, Padang kembali seperti biasa

Suasana di kawasan sekitar Bangunan Parlimen dan Padang kembali seperti biasa hari ini selepas perkabungan negara selama seminggu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Mar 2015 08:02PM Dikemas Kini : 30 Mar 2015 09:12PM

SINGAPURA: Suasana di kawasan sekitar Bangunan Parlimen dan Padang kembali seperti biasa hari ini selepas perkabungan negara selama seminggu.

Selama beberapa hari lalu, orang ramai beratur panjang untuk memberi penghormatan kepada mendiang Encik Lee Kuan Yew di Bangunan Parlimen, dan ratusan khemah serta pelbagai hadangan dapat dilihat di merata kawasan ini.

Tetapi hari ini semuanya kembali seperti biasa. Bendera-bendera negara juga kembali berkibar seperti biasa di bangunan-bangunan pemerintah seperti di Bangunan Parlimen dan MCI.

Walaupun tempoh perkabungan rasmi berakhir, ramai orang masih mengenang bapa pengasas Singapura moden itu dengan cara masing-masing.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan