Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Struktur terumbu karang terbesar di perairan Pulau Subar Darat, sasar tingkatkan biodiversiti marin

Pertumbuhan batu karang mendapat rangsangan hari ini dengan pemasangan struktur terumbu karang terbesar di negara di perairan Pulau Subar Darat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Nov 2018 08:59PM Dikemas Kini : 08 Nov 2018 09:45PM

SINGAPURA: Pertumbuhan batu karang mendapat rangsangan hari ini dengan pemasangan struktur terumbu karang terbesar di negara di perairan Pulau Subar Darat.

Projek pemerintah antara agensi ini adalah untuk meningkatkan biodiversiti marin. Ini adalah lapan struktur pertama yang akan diletakkan di perairan ini menjelang akhir tahun ini.

Struktur ini adalah kira-kira 10 meter tinggi, dan masing-masing seberat 230 tan. Ia dibina menggunakan konkrit dengan lampiran panel kaca gentian untuk menggalak pertumbuhan karang.

Batu kitar semula dari Jurong Rock Cavern juga ditambah di permukaannya. Terumbu tiruan itu akan dibina seperti cerun sehingga ke dasar laut.

Projek $1.6 juta ini adalah kerjasama antara JTC dengan Lembaga Taman Negara, NParks. Ia mendapat sokongan daripada 11 syarikat penderma dengan jumlah sumbangan hampir $300,000.

Selain membiayai struktur, dana itu juga akan menyokong pelbagai program bagi memantau, mendidik dan mendekati orang ramai.

Sebagai sebahagian daripada Taman Terumbu Karang JTC-NParks, sebuah tapak semaian karang juga akan ditubuhkan awal tahun depan. Ini bagi membolehkan penyelidikan untuk membantu spesis terumbu mengatasi masalah peluntur.

Projek tersebut dijangka menyumbang kira-kira 1,000 meter persegi substrat terumbu tambahan ke taman marin menjelang 2030.

Ini akan menambah kawasan seluas 13 kilometer persegi yang sedia ada di perairan Singapura.  

Sumber : CNA/NU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan