Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Struktur PIE runtuh: Laluan pintas sementara dibuka tengah hari ini

Laluan pintas sementara yang menghubungkan pergerakan trafik dari Upper Changi Road East ke PIE (Changi) akan dibuka pada tengah hari Ahad (16 Jul), menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2017 12:06PM Dikemas Kini : 17 Jul 2017 12:20AM

SINGAPURA: Laluan pintas sementara yang menghubungkan pergerakan trafik dari Upper Changi Road East ke PIE (Changi) akan dibuka pada tengah hari Ahad (16 Jul), menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam kenyataannya.

Ini selepas keselamatan dan reka bentuknya selesai disemak, dedah LTA.

“Siasatan ke atas jalan susur sedia ada yang terjejas itu masih diteruskan. Laluan pintas sementara akan tetap digunakan sehingga siasatan dan kerja-kerja pembaikan di jalan susur itu selesai,” menurut kenyataan tersebut, sambil mengingatkan orang ramai supaya “memandu dengan berhati-hati” dan “mematuhi tanda-tanda sementara di kawasan itu”.

Setakat sehingga 8.00 pagi, tujuh daripada 10 pekerja yang cedera masih terlantar di Hospital Besar Changi, dedah LTA.

Laluan pintas itu dibuka sehari lewat. Ia dijadual dibuka pada tengah hari semalam.

LTA menyatakan semalam bahawa lebih banyak masa diperlukan untuk membuat persiapan disebabkan cuaca hujan sebelum pihaknya dapat menyediakan laluan sementara itu.

Laluan sementara itu diperlukan selepas jejambat yang sedang dibina bersebelahan jalan susur dari Upper Changi Road East ke PIE (Changi) runtuh pada Jumaat, sekaligus menjejas laluan trafik.

Seorang pekerja maut dan 10 yang lain cedera akibat kemalangan tersebut. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan