Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

States Times Review enggan turunkan rencana kaitkan PM Lee dengan 1MDB

Laman berita alternatif States Times Review enggan menurunkan rencana yang mengaitkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan skandal rasuah 1MDB.

Anggaran Waktu Membaca:
States Times Review enggan turunkan rencana kaitkan PM Lee dengan 1MDB

Gambar laman Facebook States Times Review pada 9 November 2018.

Diterbitkan : 09 Nov 2018 07:42PM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 07:50PM

SINGAPURA: Laman berita alternatif States Times Review enggan menurunkan rencana yang mengaitkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan skandal rasuah 1MDB.

"States Times Review tidak akan memadamkan rencana ini," menurut catatan Facebook yang dimuat naik sekitar 6.00 petang pada Jumaat (9 Nov).

Catatan tersebut sebaliknya mempelawa PM Lee dan agensi-agensi Pemerintah Singapura supaya 'memfailkan kes dengan pihak berkuasa Australia'.

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sudah mengeluarkan notis pada hari ini yang meminta laman berkenaan menurunkan rencana tersebut sebelum pukul 5.00 petang tadi. Jika enggan berbuat demikian, IMDA akan menyekat akses ke laman tersebut. Ia juga sudah meminta Facebook supaya memadamkan catatan yang ada kaitan dengan rencana berkenaan.

Surat IMDA yang dikirimkan melalui emel kepada States Times Review sudah disalin semula oleh laman berita alternatif itu.

IMDA melalui notisnya menegaskan bahawa penerbitan surat tersebut adalah 'faktor memburukkan' yang boleh dikenakan tindakan kawal selia oleh penguasa tersebut.

Rencana itu mendakwa bahawa Malaysia memeterai beberapa perjanjian yang tidak adil dengan Singapura sebagai ganjaran bagi mendapatkan bantuan bank-bank di Singapura untuk mengubah dana haram 1MDB.

IMDA sudah meminta Facebook supaya menurunkan satu catatan yang turut mengongsi rencana berkenaan yang masih dapat dilihat secara terbuka di platform media sosial tersebut setakat sehingga pukul 6.00 petang tadi.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan