Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

StarHub timbang tawarkan Apple Watch dengan khidmat panggilan telefon

Syarikat telko tempatan, StarHub, sedang menimbangkan untuk menawarkan Apple Watch yang dilengkapi dengan kaedah membuat panggilan telefon.

Anggaran Waktu Membaca:
StarHub timbang tawarkan Apple Watch dengan khidmat panggilan telefon
Diterbitkan : 13 Feb 2018 05:44PM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 05:48PM

SINGAPURA: Syarikat telko tempatan, StarHub, sedang menimbangkan untuk menawarkan Apple Watch yang dilengkapi dengan kaedah membuat panggilan telefon.

StarHub akan mengumumkan lebih banyak perincian sempena pelancarannya kelak, sementara M1 pula menyatakan ia sedang "memantau perkembangan" bagi pasaran itu.

StarHub memberitahu Mediacorp menerusi kiriman emel: "Sokongan bagi GPS Apple Watch dan panggilan telefon sedang diusahakan; kami akan mendedahkan lebih banyak maklumat apabila ia sudah siap untuk dilancarkan." Bagi mereka yang juga inginkan jam yang dilengkapi dengan kemudahan serupa, mereka boleh menimbangkan Samsung Gear S3 Frontier (LTE).

Sementara itu, jurucakap M1 berkata bahawa jam tangan bijak yang berupaya membuat panggilan telefon itu "sedang dalam fasa awal sebelum ia dilancarkan secara rasmi" dan ia akan terus memantau perkembangannya di pasaran.

Kedua-dua telko memberikan respons tersebut menyusuli langkah Singtel menjadi syarikat pertama di Singapura untuk menawarkan khidmat GPS dan panggilan telefon bagi jam tangan Siri 3 Apple Watch dengan pelancarannya pada 9 Februari lalu.

Sebelum ini, Apple Watch sudahpun diperkenalkan di Singapura September lalu tetapi versi LTE tidak ditawarkan ketika itu.

Singtel turut menyatakan bahawa ia sudah melancarkan khidmat NumberShare yang membolehkan pelanggan mendapatkan jam tangan itu kerana mereka boleh menggunakan nombor yang serupa dengan iPhone mereka serta berkongsi data dan masa panggilan dalam kontrak telefon yang sama.

Langganan bagi kontrak selama 12 bulan adalah S$6.90 sebulan, dengan tiga bulan pertama ditawarkan secara percuma sebagai sebahagian daripada tawaran pengenalan telko itu, menurut lamannya.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan