Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

StarHub perkenalkan pelan baru kad SIM, dengan pakej data "ekstra besar"

Syarikat telko tempatan StarHub pada Rabu (5 Dis) mengumumkan tiga pelan bimbit baru dengan hanya kad SIM yang menurut syarikat itu disertakan dengan "pakej data ekstra besar".

Anggaran Waktu Membaca:
StarHub perkenalkan pelan baru kad SIM, dengan pakej data "ekstra besar"

Seorang lelaki berjalan di depan logo Starhub. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Dec 2018 08:01PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 08:05PM

SINGAPURA: Syarikat telko tempatan StarHub pada Rabu (5 Dis) mengumumkan tiga pelan bimbit baru dengan hanya kad SIM yang menurut syarikat itu disertakan dengan "pakej data ekstra besar".

Misalnya, pelan tahap pertengahan berharga S$50 menawarkan data sebanyak 30 gigabait (GB) sebulan dengan panggilan masuk percuma dan 300 minit percuma panggilan tempatan.

Khidmat tayangan nombor pemanggil (caller number display) dan panggilan antarabangsa, yang sebelum ini merupakan khidmat tambahan yang perlu dibayar, disertakan secara percuma.

10,000 pelanggan pertama yang mendaftar akan mendapat lagi 10GB data percuma sebulan selama setahun sebagai "bonus pelancaran" menurut StarHub.

Pelan-pelan tersebut adalah bebas kontrak dan para pelanggan tidak terikat kepada tempoh minimum.

"Pelan tersebut bebas dari sebarang bayaran tersembunyi," menurut syarikat itu.

"Dalam satu langkah pertama seumpamanya dalam pasaran, StarHub akan memansuhkan pembayaran pentadbiran, pengaktifan dan kad SIM, yang boleh mencecah S$200 sepanjang 12 bulan bagi seorang pelanggan biasa."

Syarikat-syarikat telko tempatan sedang mempertingkatkan usaha untuk menarik lebih ramai pelanggan di tengah-tengah persaingan semakin sengit, dengan syarikat telko keempat TPG Telecom dijangka akan dilancarkan.

StarHub menyatakan para pelanggan boleh berdaftar bagi pelan terbaru itu mulai Khamis (6 Dis). Syarikat itu menambah, ketiga-tiga pelan baru itu akan menggantikan lima pelan pascabayaran yang sedia ada.

Sumber : CNA/TQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan