Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SNEC perkemas cara rawat pesakit bagi tangani glaukoma

Bagi menangani kes penyakit glaukoma yang semakin meningkat, Pusat Mata Kebangsaan Singapura (SNEC) sedang memperkemas cara ia merawat para pesakitnya dan menggalak pemeriksaan awal mata secara kerap.

Anggaran Waktu Membaca:
SNEC perkemas cara rawat pesakit bagi tangani glaukoma

Seorang wanita menjalani pemeriksaan mata. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 18 Mar 2017 08:23PM Dikemas Kini : 18 Mar 2017 08:25PM

SINGAPURA: Bagi menangani kes penyakit glaukoma yang semakin meningkat, Pusat Mata Kebangsaan Singapura (SNEC) sedang memperkemas cara ia merawat para pesakitnya dan menggalak pemeriksaan awal mata secara kerap.

Siang tadi (18 Mac), sekitar 300 orang menjalani pemeriksaan glaukoma secara percuma di SNEC. Mereka juga dapat mengetahui lebih lanjut tentang penyakit itu menerusi permainan interaktif.

Ini merupakan pesta glaukoma yang pertama kali diadakan di Singapura sempena Minggu Glaukoma Sedunia.

Glaukoma merupakan punca utama gejala buta di merata dunia. Di Singapura sendiri, SNEC menganggarkan satu dalam setiap 30 individu yang berusia lebih 50 tahun akan mengalami glaukoma dan jumlah itu bertambah apabila mereka mencapai usia 70 tahun. 

SNEC berharap ahli optik dan GP dapat memainkan peranan lebih besar dalam menyediakan penjagaan kesihatan mata.

Ini bagi membolehkan para pakar menumpukan perhatian kepada para pesakit yang mengalami masalah glaukoma yang teruk.  

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan