Images
  • rr
    Para penerima. (Gambar: Vanessa Lim)

Skim pentauliahan baru untuk jurutera mahir pertingkat kecekapan tenaga

SINGAPURA: Satu skim baru yang akan mentauliahkan para jurutera untuk menjalankan penilaian terhadap kecekapan tenaga akan dilancarkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Institusi Jurutera Singapura (IES) pada Khamis (11 Okt).

Ini selepas Akta Penjimatan Tenaga dipertingkatkan pada Mac 2017 bagi mewajibkan syarikat-syarikat perindustrian untuk melaporkan pengeluaran gas rumah hijau mulai 2021.

Penilai Peluang Kecekapan Tenaga (EEO) akan mentauliahkan para jurutera untuk menilai prestasi tenaga bagi kemudahan-kemudahan dan proses-proses serta mengenal pasti peluang untuk peluang bagi mempertingkatkan kecekapan tenaga.

Para penilai EEO pula akan dipilih oleh sebuah panel karyawan bertauliah yang dilantik oleh NEA dan IES, dari industri itu sendiri dan juga daripada sektor akademik dan awam. Panel tersebut akan menilai keupayaan dan pengalaman para penilai untuk menerajui dan menjalankan penilaian terhadap kecekapan tenaga.

Semasa berucap di pelancaran skim pentauliahan Penilai EEO, Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air Dr Amy Khor berkata bahawa meningkatkan kecekapan tenaga perindustrian boleh membantu menangani perubahan iklim dan membina daya tahan tenaga. 

Buat masa ini, sektor perindustrian menyumbang 60 peratus pengeluaran gas rumah hijau di Singapura, menurut NEA.

- CNA/NA/na

Top