Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Siswazah SUSS bakal terima transkrip digital bagi prestasi bidang bukan akademik

Para siswazah sepenuh masa Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) akan menerima transkrip digital mengenai prestasi mereka dalam bidang-bidang seperti perhubungan dan pemikiran kreatif.

Anggaran Waktu Membaca:
Siswazah SUSS bakal terima transkrip digital bagi prestasi bidang bukan akademik

Majlis konvokesyen Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) pada 10 Oktober.

Diterbitkan : 10 Oct 2018 10:28PM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 10:34PM

SINGAPURA: Para siswazah sepenuh masa Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) akan menerima transkrip digital mengenai prestasi mereka dalam bidang-bidang seperti perhubungan dan pemikiran kreatif.

Ia bertujuan memudahkan bakal majikan membuat penilaian lebih baik tentang para lulusan itu. SUSS menyatakan ia merupakan yang pertama dalam kalangan universiti tempatan yang memulakan inisiatif seperti itu.

Inisiatif tersebut diumumkan di pembukaan majlis konvokesyen SUSS pagi tadi (10 Okt).

Di majlis itu, 168 siswazah adalah graduan dari kohort perintis SUSS yang mengambil ijazah sepenuh masa sejak ia menjadi universiti bebas pada tahun lalu.

Mereka akan diberi transkrip digital mulai Julai tahun depan. Transkrip digital itu akan memaparkan prestasi mereka dalam 18 bidang kecekapan umum di bawah rangka kerja SkillsFuture, seperti kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

SUSS menyatakan transkrip itu akan mencerahkan lagi peluang untuk para lulusannya mendapat pekerjaan.

Universiti itu juga menyatakan ia merancang untuk mengambil lebih ramai pekerja dewasa untuk mengikuti pengajiannya dalam tempoh yang lebih singkat.

Pengalaman bekerja dan latihan yang sudah dijalani para pekerja itu akan diambil kira untuk memberi kredit pengecualian bagi lebih banyak program.

SUSS juga menyatakan bahawa ia akan berkerjasama dengan lebih banyak pengendali utama pusat prasekolah bagi membolehkan tenaga pengajarnya menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, enam bulan lebih cepat.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha SUSS untuk menggalak pembelajaran sepanjang hayat.

Sumber : CNA/UR/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan