Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sistem lokar diuji di Bt Panjang & Punggol, permudah ambil barang yang dibeli online

Satu sistem almari atau lokar bersama di seluruh negara yang pertama akan diuji selama setahun di Bukit Panjang dan Punggol pada suku keempat tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2018 08:20PM Dikemas Kini : 21 May 2018 11:46PM

SINGAPURA: Satu sistem almari atau lokar bersama di seluruh negara yang pertama akan diuji selama setahun di Bukit Panjang dan Punggol pada suku keempat tahun ini.

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengumumkannya di acara Hari Industri Digital Singapura yang diadakan buat julung-julung kali.

Bermula Oktober tahun ini, para penduduk Bukit Panjang dan Punggol akan mendapati lebih mudah untuk mendapatkan bungkusan barangan yang dibeli secara online dengan menggunakan sistem lokar bersama.

Ujian selama setahun itu bertujuan memberi para pengguna lebih banyak pilihan untuk mendapatkan bungkusan mereka berhampiran rumah mereka atau stesen-stesen MRT.

Sebanyak 23 stesen lokar di Bandar Bukit Panjang akan dikendalikan syarikat Blu Logistics. Singapore Post pula akan mengendalikan 39 stesen lokar di Punggol.

Tempat-tempat lokar tersebut terletak kira-kira 250 meter daripada blok-blok HDB. Ada juga lokar yang diletakkan di stesen-stesen MRT yang berdekatan.

Untuk mendapatkan bungkusan, anda memerlukan maklumat tertentu yang akan dihantar melalui pesanan ringkas SMS.

Sistem ini lebih cekap dan menjimatkan kos untuk penjual-penjual runcit dan penyedia khidmat logistik seperti syarikat-syarikat penghantaran memandangkan ia membuat penghantaran ke sebuah stesen lokar dan bukan ke rumah-rumah.

Pada masa ini, 15 pihak dari industri logistik dan para peniaga online memeterai sebuah memorandum dengan IMDA untuk menggunakan sistem tersebut.  

Sumber : CNA/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan