Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singtel diiktiraf bagi tadbir urus korporatnya

Syarikat Singtel menerima anugerah tertinggi bagi tadbir urus korporat di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Singtel diiktiraf bagi tadbir urus korporatnya

Logo Singtel di luar bangunan ibu pejabatnya di Singapura. (Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 03 Apr 2018 08:38PM Dikemas Kini : 03 Apr 2018 08:39PM

SINGAPURA: Syarikat Singtel menerima anugerah tertinggi bagi tadbir urus korporat di Singapura.

Syarikat telko itu mengungguli 100 syarikat awam yang tersenarai, iaitu kali keempat Singtel memenangi anugerah itu sejak 2013.

Syarikat-syarikat tersebut dinilai menggunakan Sistem Pemarkahan Urus Tadbir Korporat ASEAN, yang meneliti dan menyenaraikan syarikat-syarikat utama di rantau ini.

Singtel juga diiktiraf bagi kepelbagaian dalam Lembaga Pengarah oleh Institut Pengarah Singapura serta Pusat Sekolah Perniagaan NUS.

Syarikat-syarikat dianggap mengamalkan kepelbagaian jika ada wanita yang duduk dalam Lembaga Pengarah dan mendedahkan dasar kepelbagaiannya. 

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan