Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SingPost pecat posmen buang surat dalam tong sampah

Seorang posmen SingPost dipecat setelah dia didapati membuang surat-surat dan surat-surat yang dikembalikan di sebuah kondominium.

Anggaran Waktu Membaca:
SingPost pecat posmen buang surat dalam tong sampah

Petikan gambar dari video yang tersebar online.

Diterbitkan : 10 Feb 2018 06:08PM Dikemas Kini : 10 Feb 2018 06:10PM

SINGAPURA: Seorang posmen SingPost dipecat setelah dia didapati membuang surat-surat dan surat-surat yang dikembalikan di sebuah kondominium.

Demikian menurut seorang jurucakap SingPost dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (10 Feb).

SingPost mengeluarkan kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp tentang satu rakaman video yang tersebar online, yang menunjukkan seorang individu bersemuka dengan posmen berkenaan. Beliau mendakwa posmen itu membuang beberapa surat ke dalam tong sampah.

Menerusi video tersebut, posmen berkenaan boleh didengar mengakui bahawa dia membuang surat-surat itu.

Dia juga mengadu bahawa dirinya berasa penat dan dilayan dengan tidak adil.

Mengesahkan insiden yang berlaku di sebuah kondominium pada Rabu lalu (7 Feb), jurucakap SingPost menyatakan syarikatnya tidak boleh menerima sama sekali perbuatan itu.

"Kami tidak boleh terima sama sekali perbuatan itu dan dia sudahpun dipecat," menurut jurucakap tersebut.

"SingPost mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana memaklumkan perkara ini kepada kami dan kami meminta maaf kepada para penduduk atas kesilapan tersebut."

"Kami sudah mendapatkan semula surat-surat yang dibuang dan akan memprosesnya."

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan