Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura jatuh ke tangga ke-21 ranking global kuasa lembut

ebuah ranking tahunan menyenaraikan Singapura di tempat ke-21 daripada 30 negara berdasarkan aset kuasa lembut (soft power).

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura jatuh ke tangga ke-21 ranking global kuasa lembut

Gambar fail latar langit Singapura. (Gambar: Diane Leow)

Diterbitkan : 12 Jul 2018 06:13PM Dikemas Kini : 12 Jul 2018 06:15PM

SINGAPURA: Sebuah ranking tahunan menyenaraikan Singapura di tempat ke-21 daripada 30 negara berdasarkan aset kuasa lembut (soft power). Singapura jatuh satu tangga berbanding tahun lalu, menurut ranking yang diumumkan pada Khamis (12 Jul).

Indeks "Kuasa Lembut 30" mengukur kuasa lembut sesebuah negara menerusi data objektif dalam enam kategori, termasuk pemerintah dan budaya, selain tujuh petanda lain berdasarkan undian antarabangsa.

Singapura dinobatkan terbaik dalam kategori perusahaan bagi tahun ketiga berturut-turut.

Singapura juga bangkit ke tangga ketujuh bagi kategori digital, yang antara lain, menilai keterhubungan digital negara ini.

Laporan itu menyifatkan Singapura sebagai "salah satu masyarakat paling terhubung; dipacu oleh prasarana digital baik, khidmat dalam talian pemerintah yang berkesan dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang bijak menggunakan media sosial."

Negara ini bagaimanapun disenaraikan pada kedudukan lebih rendah bagi kategori lain seperti pemerintah (ke-23), pendidikan (ke-23), penglibatan (ke-30) dan budaya (ke-28). Saiz kecil negara ini merupakan satu faktor yang menjejas kedudukan, menurut laporan itu.


Sedang negara ini mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN tahun ini, Singapura "memanfaatan dengan baik kepakaran digitalnya, melancarkan Rangkaian Bandar Bijak ASEAN dan mengetengahkan peranannya dalam membawa kemakmuran dan kestabilan serantau."

Laporan tersebut menambah bahawa Singapura menempa nama di persada dunia dengan menjadi tuan rumah bagi sidang puncak bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un bulan lalu.

KEBANGKITAN KUASA LEMBUT ASIA

Dalam indeks yang dikuasai negara-negara Eropah dan Amerika, empat negara Asia disenaraikan. Selain Singapura, negara-negara tersebut adalah Jepun, Korea Selatan dan China.

Laporan itu menyatakan bahawa kesemua empat negara Asia itu memperbaiki agregat sejak indeks itu dimulakan pada 2015.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan