Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura hulurkan $227,000 bantu mangsa banjir Malaysia

Palang Merah Singapura SRC akan menyumbang $227,000 kepada usaha bantuan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, sebagai respons terhadap masalah banjir teruk di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura hulurkan $227,000 bantu mangsa banjir Malaysia

Pasukan bomba di Kelantan membantu mangsa banjir berpindah dari rumah mereka. (Gambar: Channel NewsAsia/Sumisha Naidu)

Diterbitkan : 29 Dec 2014 08:30PM Dikemas Kini : 04 Jan 2015 07:26PM

SINGAPURA: Palang Merah Singapura (SRC) akan menyumbang $227,000 kepada usaha bantuan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) sebagai respons terhadap masalah banjir teruk di negara itu.

Pemerintah Singapura akan menyumbang $100,000 daripada jumlah tersebut, dan selebihnya adalah dari Dana Kecemasan Respon Bencana SRC.

Sumbangan sejumlah $227,000 tersebut akan diberikan kepada MRCS di Kuala Lumpur esok.

Ia akan digunakan untuk membeli dan membahagikan bekalan makanan, kelengkapan kebersihan dan selimut kepada para penduduk yang terjejas.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan pemerintah juga akan menyumbangkan alat penapisan air untuk memastikan mangsa banjir dapat meminum air bersih. Lebih 160,000 orang terjejas oleh banjir yang disifatkan terburuk di Malaysia dalam berdekad-dekad lamanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi untuk melahirkan keprihatinan Singapura terhadap mangsa banjir dan menawarkan bantuan, menurut MFA.

Menteri Ehwal Luar K Shanmugam, Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew dan Menteri Pertahanan Ng Eng Hen juga sudah menghubungi rakan-rakan sejawatan mereka di Malaysia untuk menawarkan bantuan. 

Sumber : CNA/ag/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan